RESIPI NASI LEMAK HALBA

RESIPI NASI LEMAK HALBA - Hallo sahabat Cerita Masak, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RESIPI NASI LEMAK HALBA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RESIPI NASI LEMAK HALBA
link : RESIPI NASI LEMAK HALBA

Baca juga


RESIPI NASI LEMAK HALBA

Assalammualaikum, salam Ahad semua, selamat berhujung minggu. Dah sarapan ke tu? Hari ni che mat masak nasi lemak halba, ni kira nasi lemak bidan terjun, sebab tak sempat apa2 dah, bila teringin aku terus ajer on masak, santan pun guna santan kotak Kara saja. Tapi ok juga lah guna santan kotak, walaupun rasa dia tak sama guna santan segar, kata orang masih ada lagi lah rupa dan rasa nasi lemak. Nasi lemak halba ni biasa nya orang Johor suka masak. Che mat ok saja, tapi halba tu toksah taruk banyak, nanti jadi nasi dagang pulak. Satu lagi, untuk nasi lemak ni che mat guna beras Basmathi King jenis steam, keluaran Jasmine. Dan che mat masak nasi ni lembut sedikit. Tapi kalau guna beras Basmathi Faiza, masak ikut sukatan biasa saja iaitu nisbah 1 beras : 1 1/2 cecair, maksudnya 1 cawan beras : 1 1/2 cawan santan.

Perasan tak bahan2 sampingan nasi lemak tu, amat2 ringkas dan seadanya saja. Mak che mat takmo yang fancy2, dia kata taruk yang asas saja, jadi kacang goreng dan ikan bilis goreng dia takmo, lagi pun che mat tak boleh nak makan sangat kacang tanah goreng, gigi kurang, nanti gusi melecet pulak, susahkan jadi baby, baby kerepot...haha. Dan dalam freezer ada pulak belen rendang ayam yang bikin tu ari, ok kita letak sekali kasi meriah. Telur rebus, timun dan sambal tumis tu benda yang wajib ada kalau makan nasi lemak, yang lain2 tu ikut suka lah. Kalau dah terlebih meriah dah rupa nasi campur pulak kan, hilang identiti nasi lemak. Ok, kalau sapa2 nak cuba nasi lemak halba bidan terjun macam che mat bikin tu, boleh semak resipi kat bawah ni....Jommm kita masak!

NASI LEMAK HALBA....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras Basmathi King, Jasmine
1 kotak (200ml) santan KARA
Air panas secukupnya
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris nipis
1/4 camca teh halba
1 camca besar minyak masak
1/2 camca teh gula
Garam secukup rasa, anggaran 1 1/2 camca teh penuh

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Telur rebus @ telur mata
Hirisan timun
Sambal tumis
Ayam goreng rempah  (che mat makan sama rendang ayam)
Kacang tanah goreng - optional
Ikan bilis goreng - optional
Kangkung celur - optional


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Beras basmathi dicuci dan rendam 20 minit, toskan. Santan KARA ditambah air panas hingga mendapat sukatan 5 cawan (gunakan cawan yang sama untuk sukat beras), kemudian masukkan garam, gula dan minyak masak ke dalam bancuhan santan tadi dan kacau rata. Ketepikan.
  2. Masukkan beras yang ditoskan tadi ke dalam periuk nasi elektrik @ rice cooker. Masukkan daun pandan, serai, bawang besar, bawang putih dan halba. Tuang bancuhan santan, kacau rata dan masak seperti kita memasak nasi biasa. 
  3. Bila lampu ada periuk nasi bertukar kepada 'warm', boleh gemburkan nasi menggunakan chopstik, tapi jangan kacau ganas2 nanti nasi nanti akan patah2. Tutup kembali periuk dan biarkan 10 minit lagi. Boleh hidangkan nasi lemak dengan sambal tumis dan bahan2 sampingan lain..
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS ...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam dan toskan
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar hiris 
1/2 camca besar pes asam jawa #adabi
1 camca besar gula melaka
1 helai daun pandan, disimpul
3 camca besar pati santan - optional
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bilis ditos dan ketepikan, terpulang samada nak goreng dulu atau tidak, che mat tak goreng. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/2 cawan. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga wangi, masukkan cili kisar dan daun pandan, kacau rata dan masak hingga naik minyak dan cili garing, guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan pati santan dan pes asam jawa, kacau rata dan masak hingga pekat. Masukkan gula melaka dan ikan bilis yang ditoskan tadi (kalau guna ikan bilis yang digoreng, masukkan akhir sekali atau bila nak makan, tujuan untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis tadi). Kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi lemak...Selamat mencuba!


Demikianlah Artikel RESIPI NASI LEMAK HALBA

Sekianlah artikel RESIPI NASI LEMAK HALBA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RESIPI NASI LEMAK HALBA dengan alamat link https://resepiburumah.blogspot.com/2019/08/resipi-nasi-lemak-halba.html